Wednesday, June 30, 2010

CUKUPKAH KURIKULUM 3M?

Awal bulan Jun ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Dua sebab utama cadangan ini dikemukakan iaitu menolak budaya berorientasi peperiksaan dan pembelajaran menghafaz yang terlalu menguasai sistem pendidikan. Kedua, UPSR menyebabkan potensi sebenar para pelajar gagal dibangunkan kerana budaya taksub kepada akademik semata-mata.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia berkaitan hasil pelaburan pendidikan mendapati kadar pulangan pendidikan di peringkat sekolah rendah memberikan hasil pulangan perseorangan yang paling tinggi berbanding perbelanjaan untuk sekolah menengah dan universiti (Rahmah dan NanthaKumar:2007).

Maksudnya, setiap ringgit yang dibelanjakan untuk menjayakan pendidikan rendah akan menyebabkan kerajaan mendapat hasil modal insan dan modal sosial yang lebih tinggi termasuk penjimatan kos pengurusan salah laku, misalnya masalah sosial seperti penagihan dadah dan perlakuan jenayah, vandalisme dan moral.

Apakah yang dikategorikan sebagai pendidikan rendah? Tentulah bidang ilmunya. Maknanya pelajar diberikan ilmu asas. Ilmu asas di sekolah rendah boleh sahaja menjadi sangat mustahak, penting dan tinggi nilainya berbanding ilmu di sekolah menengah atau di universiti sekalipun.

Penting pada pembangunan pelajar dan lebih- lebih lagi pada pembangunan negara. Jika ilmu asas tidak kukuh, maka ilmu lanjutan yang dipelajari di sekolah menengah dan universiti tentunya tidak jelas dalam diri pelajar.

Pendidikan asas atau rendah ini sebenarnya satu komponen ilmu yang diberikan kepada individu meliputi asas-asas kehidupan sama ada sebagai seorang individu manusia dan sebagai seorang ahli dalam sebuah negara. Maka, pendidikan ilmu asas di peringkat sekolah rendah sering kali dikaitkan dengan akronim 3M (membaca, menulis dan mengira).

Sebenarnya pendidikan asas lebih daripada itu kerana pendidikan asas juga meliputi soal pendidikan kesihatan dan penjagaan diri, kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi serta berkaitan dengan pembangunan moral dan agama. Oleh itu apabila pendidikan rendah hanya menekankan soal pendidikan berkonsepkan 3M maka matlamat pendidikan ilmu asas gagal dicapai sepenuhnya semasa di sekolah rendah.

Pendidikan ilmu asas juga seharusnya tidak melibatkan satu proses pengaliran (streaming) yang rigid. Malah penilaian yang dilakukan kepada pelajar untuk pendidikan ilmu asas bukanlah sepatutnya melihat siapa yang paling pandai tetapi tumpuan sepatutnya diberikan untuk setiap pelajar mencapai tahap-tahap yang sepatutnya dicapai sepanjang program pendidikan asas.

Oleh itu, penggredan yang terlalu ketat melalui peperiksaan seperti UPSR membunuh sistem pendidikan ilmu asas. Penilaian sepatunya mengukur tahap-tahap yang telah atau belum dicapai oleh pelajar tanpa membandingkan dengan pelajar yang lain.

Maka tidak hairanlah ada negara yang menggunakan istilah 'sekolah asas' berbanding sekolah rendah. Pendidikan asas adalah satu konsep yang besar dan luas. Manakala pendidikan sekolah rendah lebih merujukkan kepada sekolah dan bukan ilmu yang ingin disampaikan. Oleh itu, apabila orang dewasa ingin mempelajari pendidikan asas, misalnya belajar ilmu asas membaca al-Quran, akan ada pandangan orang itu sepatutnya sudah belajar dahulu semasa di sekolah rendah dan pelik jika ingin belajar ilmu asas seperti membaca al-Quran apabila sudah dewasa.

Tanpa mengira usia atau ruang, pendidikan ilmu asas boleh sahaja bermula sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, universiti atau di usia tua. Walaupun seelok-eloknya bermula di peringkat umur paling muda.

Maka pendidikan untuk orang dewasa juga meliputi aspek ilmu asas. Jika seseorang dewasa ingin mempelajari asas komputer dan teknologi maklumat maka kurikulum pendidikan asas sepatutnya menyediakan peluang pendidikan tersebut, berbanding pendidikan sekolah rendah yang hanya tertumpu kepada kanak-kanak semata-mata.

Justeru, ke manakah golongan dewasa yang buta huruf perlu pergi jika mereka ingin belajar, apakah kita akan menghantar mereka ke sekolah rendah untuk mempelajari pendidikan asas membaca, menulis dan mengira?

Malangnya masyarakat sering melihat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sebagai sangat penting tetapi melihat ujian asas seperti kebolehan membaca, menulis dan mengira atau sebarang peperiksaan untuk pendidikan asas tidak begitu penting.

Malah ujian kebolehan membaca, menulis dan mengira dianggap sebagai remeh dan tidak mendapat perhatian sepenuhnya di kalangan ahli masyarakat.

ahaja sukar tetapi tidak dapat menarik perhatian serta motivasi pembelajaran kanak-kanak.

Jika diingat-ingat kembali tentunya pembaca bersetuju bahawa sebahagian besar perkara dalam pendidikan asas bukanlah perkara yang mudah untuk kita lupakan.

Derita senyap,BUASIR.

ADAKAH anda tahu, 50 peratus penduduk di seluruh dunia mengalami buasir dan sebanyak 40 peratus telah mengalami gejala-gejala penyakit ini sepanjang hayat mereka?

Dengan peratusan tersebut, ia menunjukkan bahawa buasir merupakan satu penyakit yang biasa dialami oleh ramai orang walaupun ia jarang dibincangkan.

Buasir atau nama saintifiknya hemoroid merupakan keadaan bengkak dan inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian anus (dubur) dan bahagian penghujung rektum (bahagian akhir usus besar).

Ia terjadi apabila pesakit meneran ketika membuang air besar atau berlakunya tekanan yang berterusan ke atas pembuluh-pembuluh darah di bahagian tersebut.

Menurut Pengurus Negara bahagian farmaseutikal,The Himalaya Drug Company, K. Chandrasekaran, terdapat lebih kurang separuh daripada orang dewasa yang berumur sekitar 50-an mengalami rasa gatal-gatal, pendarahan dan kesakitan di bahagian anus yang merupakan tanda-tanda awal buasir akan berlaku.

''Sebenarnya penyakit ini akan menyerang hampir semua orang tanpa mengira bangsa dan jantina.

''Pada masa yang sama, wanita yang mengandung merupakan golongan yang mudah terdedah dengan penyakit ini dan dijangka kira-kira satu daripada tiga ibu baru mengalaminya.

''Manakala bagi rakyat Malaysia satu nisbah tiga daripada golongan dewasa akan mengalami buasir sepanjang hayat mereka,'' ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, buasir terbahagi kepada dua iaitu dalaman dan luaran.

Menurutnya, seseorang itu tidak boleh melihat atau berasa buasir di bahagian dalaman tetapi apabila meneran sewaktu membuang air besar, permukaan buasir yang lembut akan tercedera dan mengakibatkannya berdarah.

Mereka akan terlihat beberapa titik darah merah pada tisu tandas atau dalam mangkuk tandas.

Disebabkan membran anus dalaman tidak mempunyai saraf fiber yang peka terhadap rasa sakit, pesakit jarang mengalami rasa tidak selesa atau kesakitan.

Tetapi, pesakit mungkin akan mengalami rasa 'penuh' di dalam rektum selepas membuang air besar kerana ada ketikanya, apabila meneran, ia akan menolak keluar buasir dalaman melalui pembukaan di anus.

Jika buasir itu prolaps (atau terkeluar dari kedudukan asalnya), pesakit akan berasa sakit dan tidak selesa.

Sementara itu, bagi pesakit yang mengalami buasir luaran pula, mereka akan mengalami rasa sakit.

Kadangkala, darah yang terkumpul di dalam buasir luaran ini akan membeku (trombus) dan mendatangkan rasa sakit yang keterlaluan, pembengkakkan dan inflamasi.

Apabila iritasi berlaku, buasir luaran boleh mengakibatkan pesakit mengalami kegatalan atau pendarahan.

Selain itu, buasir juga boleh dikategorikan kepada empat tahap iaitu tahap satu, dua, tiga dan empat dengan ciri yang berbeza-beza.

Untuk tahap satu hingga tiga, pesakit masih lagi boleh menggunakan ubat sapuan atau pil untuk mengurangkannya tetapi bagi buasir tahap keempat, ia hanya boleh disembuhkan melalui pembedahan.

Tambah Chandrasekaran lagi, lazimnya buasir disebabkan diet dan gaya hidup tidak sihat serta tabiat tandas yang buruk.

Bukan itu sahaja, duduk atau berdiri terlalu lama seperti di tempat kerja atau memandu secara berpanjangan juga akan meningkatkan risiko berlakunya buasir.

''Untuk itu, pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah- buahan dapat membantu penghadaman dan mengurangkan risiko penyakit usus seperti buasir,'' ulasnya lanjut.

Beliau turut menasihati agar pesakit berjumpa doktor sekiranya buasir yang dialami tidak pulih melalui penjagaan kebersihan diri, mengakibatkan rasa sakit atau berlaku pendarahan secara berlebihan.

Pesakit juga perlu mendapatkan rawatan susulan jika berlaku pendarahan yang berterusan selepas sesuatu rawatan.

''Jika buasir anda mendatangkan rasa ketidakselesaan yang sedikit, doktor mungkin akan mencadangkan krim atau ubat sapuan.

''Bagaimanapun pesakit juga kadang kala boleh mengamalkan rawatan dengan mandian air panas di mana ia akan mengurangkan simptom-simptom buasir,'' katanya lagi.

Sementara itu, Himalaya Herbal Healthcare memperkenalkan salap pilex, pilihan bukan steroidal untuk menguruskan buasir.

Ia membantu mengecilkan buasir, mengawal pendarahan dan mempercepat proses penyembuhan pada kulit yang radang dan membran mukus.

Tindakan analgesia tempatan salap pilex juga mampu mengurangkan kesakitan dan memudahkan pembuangan najis.

Disarankan agar menggunakannya dengan kombinasi triphala (kapsul) yang juga membantu penghadaman dan melegakan sembelit.

Secara tidak langsung ia akan menjadikan sistem penghadaman yang tetap dan membantu melegakan buasir.

Kedua-dua pilex dan triphala boleh didapati di Butik Himalaya dan farmasi terkemuka pada harga promosi RM58.

Jangan Guna Konsep "Tarik Kereta"

KEBAHAGIAAN atau keruntuhan sesebuah perkahwinan bergantung kepada enam aspek utama yang perlu diberi perhatian oleh pasangan suami isteri.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Asmawi Umar berkata, aspek pertama adalah niat seseorang lelaki atau wanita ingin bernikah.

Jika melangsungkan pernikahan hanya untuk keseronokan, terlafaz cinta lebih awal walaupun tidak bersedia, sudah terlalu rapat dengan keluarga pasangan atau terlanjur, perkahwinan yang dibina mungkin kucar-kacir dan hambar.

"Bila tidak bernikah mengikut tujuan yang disarankan agama, mungkin akhirnya salah seorang pasangan hanya mempunyai perasaan ehsan kepada pasangannya.

"Sebenarnya, tujuan utama perkahwinan adalah untuk mencari ketenangan dan pasangan yang dipilih perlu mampu menenangkan seseorang hingga akhir hayat," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Pusat Islam di sini baru-baru ini.

Asmawi berkata, aspek kedua adalah mendekatkan diri dan keluarga dengan Tuhan serta menjalankan ajaran agama.

Jelasnya, ketenangan menyeluruh dalam sesebuah keluarga akan diperoleh jika individu di dalamnya melaksanakan suruhan Tuhan.

"Ada keluarga yang langsung tidak sembahyang atau mengaji, jadi macam mana untuk mendapat ketenangan dan keberkatan," katanya.

Seterusnya, Asmawi berkata, suami isteri perlu mengetahui dan memahami keperluan antara satu sama lain dalam apa juga keadaan termasuk peringkat umur serta tempat.

Bagi golongan isteri, mereka perlu cuba sedaya-upaya melayan suami sekerapnya dalam semua hal walaupun sibuk menguruskan kehidupan dan begitu juga sebaliknya.

"Suami mungkin tidak kisah makan di kedai mamak pada hari bekerja namun jika hujung minggu pun tidak dapat menikmati juadah isteri, mungkin ia akan menjadi masalah tidak puas hati dan boleh mengeruhkan perhubungan.

Selain itu, katanya, seseorang individu perlu mencari pasangan yang 'sekhufuq' atau sepadan dengannya dalam segala aspek termasuk umur dan taraf kedudukan supaya ikatan perkahwinan yang dibina sentiasa kukuh serta aman.

Kebiasaannya, Asmawi berkata, pasangan suami isteri yang berbeza terlalu jauh dari segi umur akan menghadapi masalah apabila tempoh perkahwinan semakin lama kerana keduanya sudah mula berbeza cita rasa.

"Sama juga halnya dengan suami yang mempunyai jawatan atau pendapatan kecil, di mana sukar menjalankan tanggungjawab menanggung keluarga.

"Berdosa bagi suami jika memaksa isterinya untuk menanggung keluarga kerana ia terpulang kepada isteri sama ada mahu melakukan ehsan membantu suami atau tidak," katanya.

Pada masa sama, isteri perlu memahami kedudukan kewangan suami dan lebih baik mengamalkan kesederhanaan dalam perbelanjaan.

Katanya, ketika masih berjawatan, gaji suami mungkin lumayan tetapi apabila bersara, wang pencen yang diterima kecil, jadi isteri perlu menguruskan perbelanjaan dengan bijak.

Menurut Asmawi, aspek terakhir adalah mengekang nafsu di mana suami atau isteri perlu bijak menggunakan akal fikiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

"Semua masalah dalam rumah tangga sebenarnya berpunca daripada nafsu jadi kawal nafsu dan jangan guna 'sistem menunda kereta' iaitu langgar untuk ditarik yang bermaksud cuba mencari masalah untuk bercerai," katanya.

Akuinya, kebanyakan perceraian berpunca daripada golongan suami yang sudah bosan melihat isteri apabila tua dan mahu berkahwin lain untuk memenuhi nafsunya.

"Lelaki perlu sedar, isteri muda juga akan jadi tua seperti isteri pertamanya jadi jika mereka terus mahukan wanita muda, mereka akan berkahwin dan bercerai sepanjang kehidupan," katanya.

Perceraian pada usia emas, jelasnya, adalah kes terpencil dan jarang dilihat atau didengari namun jika berlaku, ia memberi kesan yang amat buruk sama ada kepada pasangan, anak dan cucu.

"Banyak hati yang akan terguris apabila pasangan warga emas bercerai termasuk anak-anak yang berbelah-bahagi untuk berkunjung ke rumah ayah atau ibu.

"Saya bukannya memandang buruk perkahwinan poligami namun ia akan memberi lebih banyak kesan buruk berbanding baik.

"Peringkat mana pun usia suami isteri dan tempoh perkahwinan, pokoknya tengok niat pasangan berkahwin sama ada ikhlas mengikut suruhan Islam atau demi keseronokan sahaja," katanya.

Kes Cerai Pada Usia Emas


Mengharapkan kasih yang dibina kekal hingga ke hujung nyawa, namun akhirnya kecundang jua di tengah jalan. Lebih memilukan apabila perpisahan berlaku ketika masing-masing sedang meniti usia senja.

Trend bercerai pada usia tua semakin meningkat tanpa mengira negara, bangsa, agama mahupun warna kulit.

Contoh paling klasik membabitkan pasangan bekas Timbalan Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, 62, yang mengumumkan perpisahan dengan isterinya, Tipper, 61. Mereka setelah 40 tahun hidup bersama.

Kata Pakar Kaunseling Keluarga, Profesor Madya Dr. Saedah A. Ghani perceraian di kalangan pasangan warga emas di negara ini juga membimbangkan walaupun kesnya tidak banyak.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, antara bukti yang dilihatnya adalah secara purata lima daripada 10 orang rakan baiknya bercerai pada usia emas.

"Ketika menuntut di luar negara, saya menganggap perceraian di kalangan usia emas hanya membabitkan masyarakat atau pasangan di negara Barat namun apabila pulang ke Malaysia, saya terkejut kerana ia juga semakin banyak di Asia termasuk Malaysia.

"Kebanyakannya berlaku apabila suami kahwin lain dan menganiaya isteri menyebabkan isteri diceraikan atau memohon cerai," katanya ketika ditemui di pejabatnya di USIM baru-baru ini.

Perceraian membabitkan warga emas, kebiasaannya berlaku pada peringkat kelima perkembangan keluarga.

Ini kerana kata Saedah, perkembangan keluarga hampir sama dengan perkembangan tumbesaran manusia.

"Perkembangan keluarga membabitkan enam peringkat yang mana pada peringkat pertama, anak remaja mula mencari pasangan hidup dan peringkat kedua berlaku apabila pasangan berkahwin serta hidup bersama.

"Peringkat ketiga pula, pasangan suami isteri dan anak kecil manakala peringkat keempat, keluarga dengan anak remaja," katanya.

Saedah berkata, peringkat kelima digelar peringkat melancarkan keluarga yang mana anak sudah dewasa dan keluar rumah sama ada melanjutkan pengajian atau berkahwin.

"Ketika ini, pasangan suami isteri akan tinggal berdua pada usia emas dan sudah pencen.

"Akhir sekali atau peringkat keenam, ia peringkat cabaran apabila anak mula mempersoalkan siapa akan menjaga ibu bapa yang menyebabkan warga emas ini terabai," tambahnya.

Pada masa sama, katanya, ketika peringkat ketiga sesetengah suami sudah mula berfikir untuk berkahwin lain akibat faktor tertentu seperti berasa kurang sesuai hidup bersama dan sebagainya.

Kebiasaannya, mereka tidak meneruskan atau 'menangguhkan' hasrat itu kerana tidak sampai hati apabila memikirkan anak yang masih kecil.(Laugh Out Loud!haha)

Namun, suami kebiasaannya akan berkahwin lain pada peringkat kelima. Ketika itu mereka sudah bebas dari tanggungjawab apabila anak dewasa.

"Dengan wang simpanan, pencen atau KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang diperoleh selepas bersara, suami akan mula memikirkan keinginan yang belum dicapai selama ini dan mula memenuhinya termasuk mungkin berkahwin lain.

"Saya bukan menyalahkan lelaki atau menyebelahi wanita, namun realitinya suami selalu menjadi punca perceraian.(absolutely!!hahaa!)

"Berbeza dengan wanita kerana jika difikir wanita akan mula hilang tarikan pada usia 40-an yang menutup keinginan atau peluangnya untuk berkahwin lain," katanya.

Namun, ketika ditanya faktor lain seseorang lelaki berkahwin baru, akuinya, sikap segelintir wanita yang memilih berkahwin dengan suami orang atau sanggup menjadi isteri kedua menyebabkan lelaki sanggup menceraikan isteri tuanya.>-o

Tambahnya, bilangan wanita yang semakin ramai melanjutkan pengajian ke peringkat universiti berbanding lelaki mungkin antara faktor utama mereka sukar mencari individu setaraf untuk dijadikan pasangan hidup.(girl's rock!!)

Bukti yang dapat dilihat, ujarnya, apabila daripada 68 pelajar yang ada dalam kelasnya, hanya lapan lelaki. Selebihnya wanita.

Faktor lain jelasnya, adalah krisis pertengahan umur yang kebiasaannya dialami warga emas. yang membuatkan mereka berfikir sejauhmana sudah berjaya sebagai insan, ibu atau bapa apabila mencecah usia tua.

"Sekiranya mereka tidak gembira dengan apa yang dicapai, mereka akan memperbaikinya serta mula mencari kebahagiaan itu dan begitu sebaliknya

"Jika mereka tidak bahagia dengan perkahwinan dibina selama ini misalnya, mereka akan mencari pasangan baru dan berkahwin untuk mendapatkan kebahagiaan," tambahnya.

Menurut Saedah, jika mengikut peringkat perkembangan keluarga yang normal, seseorang itu perlu menyediakan diri dengan ilmu akhirat apabila sudah tua supaya menjadi insan lebih baik.

"Individu yang berkahwin baru seolah-olah memulakan kehidupan berkeluarga di peringkat awal seperti perlu menyediakan perbelanjaan yang banyak dan bebanan menyara keluarga baru.

"Perkahwinan itu juga boleh menimbulkan konflik seperti tanggapan buruk jiran dan masyarakat, perasaan malu anak dilihat sebagai cucu, disisih keluarga isteri tua serta tekanan kerana perlu mengikut permintaan atau kegemaran isteri muda dan anak kecil," katanya.

Selain itu, jelasnya, seseorang perlu berjumpa dengan kaunselor jika mempunyai keinginan untuk berkahwin lain supaya dapat membuat pertimbangan dan keputusan terbaik.

Ujarnya, lebih baik jika suami berbincang dengan isteri dan anak-anak supaya mereka tahu dan faham namun ramai lelaki berkahwin secara sembunyi yang akhirnya menyebabkan isteri dan anak-anak memulaukan apabila mengetahuinya.

wihee!!guys should always be good to their wives,and vice versa.
lastly,girls rule the world!XD